Illi Athirah
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi) ini merupakan anak kelahiran ibu kota Malaysia yang berperwatakan lemah-lembut dan bersopan-santun.
Saaudari Ili Athirah telah lebih sedekad bekerjaya dalam bidang akademik sebagai pensyarah muda di International University of Malaya-Wales dan Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat di Measat Satellite Systems. Antara pencapaian terbaik beliau adalah sebagai salah seorang ahli pasukan perintis bagi projek ConnectME; Satelit Jalur Lebar pertama Malaysia.
Manakala dalam dunia aktivisme, pembabitan beliau dalam pelbagai program khidmat masyarakat bersama NGO SEDAR Malaysia sejak 2018 telah memberi banyak pengalaman berharga . Beliau kini bertanggungjawab dalam menguruskan Kedai DEMI NEGARA.
Seorang yang prihatin dan suka kepada kanak-kanak, minât sejati beliau adalah menyanyi sebagai salah satu cara untuk mengekspresikan diri.