DayangKu Intan

Nama Dayangku Intan merupakan nama tersohor dalam pentas muzik negara. Beliau adalah seorang penyanyi yang berbakat dan berpengalaman sejak 1980 hingga kini.

Bekas pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ini banyak terlibat dalam pelbagai acara besar negara seperti Upacara Persembahan Pembukaan Dan Penutup Sukan SEA XXI 2001, Kejohanan Remaja Dunia IX Untuk FIFA Piala Coca-Cola Malaysia 1997 dan lain-lain lagi.

Dayangku Intan juga adalah seorang Ahli Perniagaan yang mempunyai syarikat pengurusan acara dan pernah menganjurkan pelbagai acara berprestij tinggi.

Pada satu ketika beliau aktif dalam dunia politik sehingga menjadi calon PRU 13. Namun setelah Pakatan Rakyat dibubarkan pada 2015, beliau undur diri dari politik pada tahun 2018. Tetapi sejak PRU 15 beliau menjadi gusar dengan perkembangan Negara dan bagaimana ianya memberi impak kepada rakyat. Itu adalah punca kenapa Dayangku Intan mula kembali aktif berjuang untuk rakyat.
Scroll to Top