Pemansuhan subsidi dan apungan harga bagi Ayam dan Telur – 5 Mei 2023
Ini cerita pasal isu ayam dan bagaimana kita boleh balun Kerajaan Madani!
- Kerajaan Madani telah membuat pengumuman berkenaan polisi harga ayam dan telur dari Kawalan Harga kepada Apungan Harga selepas Jun 2023.
- Laporan ini disediakan pada 5 Mei 2023 dan mengandungi 3 Bahagian. Sila baca dan fahami dengan teliti untuk digunakan bagi membuat konten yang bagus.
- Kita perlu:
- Mainkan peningkatan harga ayam yang tidak terkawal menjelang Aidilfitri baru-baru ini dengan mempersalahkan ketidakcekapan Kerajaan Madani.
- Mempersoalkan prestasi dua orang Menteri iaitu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan disandang oleh Presiden Parti Amanah Iaitu Mohamad Sabu serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang disandang oleh Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
- Pastikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli turut dipertanggungjawabkan.
- Antara PERSOALAN-PERSOALAN yang kita boleh bangkitkan adalah:
- Adakah Kerajaan sudah membuat kajian mendalam akan impak kepada perubahan polisi harga yang diumumkan? Jika sudah, adakah Kerajaan boleh kongsikan laporan kajian itu untuk rujukan umum?
- Adakah Apungan Harga ini dibuat kerana dilobi oleh pemain-pemain gergasi (atau didakwa kartel) dalam industri penternakan ayam? Adakah ada mana-mana parti politik yang membentuk Kerajaan menerima apa-apa ‘saguhati’ daripada mereka?
- Kenapakah agensi Kerajaan terpaksa melakukan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga menjelang musim perayaan untuk memastikan harga ayam tidak melambung terlalu tinggi berikutan pengumuman ini?
- Berapakah agaknya harga maksimum ayam jika ikut polisi Apungan Harga? Apakah jaminan rakyat tidak akan membayar lebih dari harga siling sedia ada?
- Apakah mekanisme yang bakal diperkenalkan oleh Kerajaan untuk memastikan pembekal tidak melakukan manipulasi bila polisi Apungan Harga dimulakan nanti memandangkan mereka ada maklumat terkini jumlah permintaan dan dapat mengawal jumlah pengeluaran?
BAHAGIAN 1 - SEKILAS PANDANG
( 1 ) Kronologi (Sila Klik dia Pautan Untuk Memahami Isu)
1, 9 & 23 July 2022
Ketika PH masih menjadi Pembangkang, Mat Sabu dan Hasbie Muda selaku Ketua Pemuda Amanah telah mengadakan perhimpunan memprotes kenaikan harga barang. Adam Adli turut sama turun protes.
https://www.astroawani.com/berita-politik/mat-sabu-rancang-turun-protes-369297?amp=1
18 Ogos 2022
Hasbie telah didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan selaku penganjur protes telah gagal memaklumkan kepada polis mengenai perhimpunan itu.
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/08/989862/tiga-didakwa-anjur-bantahan-kenaikan-harga-barang-tanpa-makluman
6 Disember 2022
https://youtube.com/watch?v=Vi8aIS36Zg4&feature=share
11 Disember 2022
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1038146/persatuan-cadang-kerajaan-apung-harga-telur-ayam
13 Januari 2023
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-akan-kaji-semula-harga-siling-ayam-salahuddin-401750
25 Januari 2023
https://www.utusan.com.my/terkini/2023/01/bekalan-ayam-bakal-susut-40-kerajaan-perlu-serius-selesaikanmasalah- sekatan-eksport-induk-ayam/
21 Februari 2023
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1067330/harga-ayam-telur-dijangka-diapungkanselepas- jun-mat-sabu
8 Mac 2023
Salahuddin memberi gambaran seolah-olah harga barangan keperluan ditentukan oleh pasaran bebas sematamata, memberi gambaran Kerajaan tidak dapat mengawal harga, manakala faktor lain seperti manipulasi harga dan manipulasi pasaran oleh pembekal tidak ada pengaruh besar dalam ‘mengawal’ jumlah bekalan yang berada dalam pasaran seterusnya mempengaruhi harga akhir yang dibayar pengguna.
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-08032023.pdf
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1074292/saya-tak-nak-jadi-menteri-munafik-salahuddin
20 Mac 2023
Hasbie telah dilantik menjadi Senator Dewan Negara dan kini dilihat hanya berdiam diri mengenai kenaikan harga barang.
https://www.malaysiakini.com/news/659347
24 Mac 2023
https://www.kosmo.com.my/2023/03/24/purata-harga-ayam-standard-meningkat-rm10-33-sekilogram/
25 Mac 2023
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/03/1081986/harga-ayam-di-ladang-naik-20-sen-peniaga-jual-rm11-sekilogram
15 April 2023
Namun menyedari akan kesan daripada kenaikan harga ini Salahuddin membuat pengumuman bahawa tak mungkin harga ayam naik mendadak lebih RM9.40 sekilogram dan memberi jaminan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak akan berlaku kenaikan harga mendadak melibatkan bahan mentah seperti beras dan ayam.
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/tak-mungkin-harga-ayam-naik-mendadak-lebih-rm9-40-sekilo-salahuddin/
16 April 2023
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/04/1090561/lima-pembekal-di-johor-jual-ayam-melebihi-harga-kawalan-bakal
19 April 2023
https://www.sinarharian.com.my/article/255182/berita/semasa/ketua-pemuda-amanah-lepas-tanpa-bebas-kes-bantah-harga-barang
30 April 2023
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/04/30/salahuddin-no-complaints-of-excessive-price-hikes-throughout-2023-festive-season-max-price-scheme/67106
(2) Fakta Mengenai Harga Ayam
- Harga Siling bagi daging ayam segar di pasaran telah ditetapkan pada pertengahan tahun 2022 kepada RM9.40/kg ketika Ismail Sabri jadi PM bagi membendung kenaikan harga yang melampau.
- Walaupun harga ini lebih tinggi berbanding harga syiling tahun 2020 iaitu RM7.50/kg, tetapi ia terbukti mampu mengawal kenaikan harga daripada menjadi terlalu tinggi dan tidak terkawal.
- Sebab kenaikan harga ketika itu berpunca dari ‘supply shock’ (kejutan bekalan) dan ‘supply chain disruption’ (gangguan rantaian bekalan) berikutan faktor-faktor di bawah:
- Lockdown (penutupan) yang panjang ketika Covid-19 menyebabkan banyak kegiatan ekonomi terhenti kemudiannya dikejutkan dengan pembukaan ekonomi, di mana ‘supply chain bottleneck’ (kesesakan rantaian bekalan) memerlukan masa untuk kembali menjadi normal.
- Kemudiannya Perang Russia-Ukraine menyebabkan harga gandum dan harga minyak di pasaran dunia meningkat lalu mempengaruhi harga komoditi bijirin lain seperti jagung yang menjadi makanan ayam.
BAHAGIAN 2 – PADAH KEPADA RAKYAT
- Pengumuman separuh masak Mat Sabu telah memberi isyarat jelas kepada pembekal ayam dan telur bahawa Kerajaan telah mengubah ‘mindset’ (pemikiran) dan halatuju polisi untuk tidak lagi terlibat secara aktif dalam mengawal selia harga serta memastikan bekalan ayam dan telur mencukupi dalam pasaran seperti tertakluk di bawah Akta Kawalan Harga sekarang.
- Jika polisi Apungan Harga dikuatkuasa, Kerajaan sudah pasti akan berlepas tangan dan berkemungkinan akan bagi alasan mereka tiada lagi kuasa undang-undang untuk mengawal harga kerana harga barang keperluan ditentukan sepenuhnya oleh ‘kuasa pasaran’. Malah bukan sahaja pembekal ayam dapat melihat perubahan hala tuju Kerajaan, pembekal-pembekal bahan-bahan mentah lain turut percaya Kerajaan akan mengubah semua harga barang-barang tertakluk di bawah Akta Kawalan Harga kepada Apungan Harga.
- Dipercayai pengumuman Mat Sabu ini telah menyumbang kepada faktor harga barangan keperluan menjadi lebih tidak terkawal kebelakangan ini terutamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
- Pembekal-pembekal ayam dipercayai oleh sesetengah pihak telah mula memanipulasi pasaran untuk memaksimumkan keuntungan dengan cara menghadkan pengeluaran untuk mewujudkan ‘artificial shortage’ (kekurangan buatan) ketika permintaan ayam tinggi menjelang Aidilfitri. Sehingga 25 Mac 2023 harga ayam dilaporkan melambung kepada RM11/kilo akibat kekurangan bekalan sebanyak 30%. Taktik ini juga dipercayai oleh sesetengah pihak akan digunakan sebaik sahaja Apungan Harga bermula untuk memastikan mereka dapat keuntungan maksimum.
- Menurut Dr. Nurzatil Sharleeza, seorang Pakar Bioteknologi dan Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi Pertanian Universiti Malaya, polisi baharu Kerajaan untuk mengapungkan harga ayam hanya akan memberi keuntungan sepihak kepada beberapa pemain gergasi dalam industri penternakan ayam. Katanya sebarang tindakan mengapungkan harga ayam seolah-olah memberi ‘lesen’ kepada pemain gergasi dalam industri, ini kerana mereka mempunyai maklumat tentang jumlah permintaan dan angka itu boleh digunakan untuk menentukan tahap pengeluaran dan harga. https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/apung-harga-lesen-tentukan-harga-ayam/
- Langkah Apungan Harga jika tidak dipantau dan dilaksanakan dengan betul akan menyebabkan kesan domino dan ketidakstabilan harga makanan melibatkan ayam dan akan menyusahkan rakyat.
Contoh Skrip 1 – Sasaran Kepada 2 Menteri Amanah, Timbalan Menteri KBS & PMX
Puak-puak dari Amanah ini masa mereka membangkang dulu bukan main agresif terus-menerus tanpa henti mempolitikkan isu harga barang dengan menghasut rakyat membenci Kerajaan!
Kini di bawah Kerajaan Madani, Mat Sabu Presiden Amanah sudah pun jadi Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan, Salahuddin Ayub Timbalan Presiden Amanah jadi Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup, manakala Hasbie telah dilantik jadi Senator. Adam Adli pun dah jadi Timbalan Menteri Belia sekarang. Tapi semua mereka sekarang nampaknya diam membisu walaupun harga barang mencanak naik lebih tinggi ketika mereka jadi Kerajaan!
Dua menteri Amanah itu mungkin dipertanggung jawab untuk mengawal harga barang keperluan rakyat kerana masa membangkang dulu mereka sering buat “stunt” politik berkaitan harga barang dan seolah-olah mereka ada cara hebat untuk turunkan harga.
Katakanlah dua orang Menteri dari Amanah itu tak tahu buat kerja sekalipun, tapi atas semangat kebencian yang ditunjukkan pada kenaikan harga barang, maka sekurang-kurangnya mereka akan berusaha bersungguh cari jalan untuk kawal kenaikan harga barang, kan?
Tapi nampaknya habuk pun takde. Rakyat semakin hari semakin terseksa dengan kenaikan harga. Rakyat juga turut makan hati, maklumlah Rakyat juga yang terpaksa bayar gaji Menteri.
(230 patah perkataan, kurang 2 minit)
Contoh Skrip 2 – Sasaran Kepada Menteri, Polisi Apungan Harga & Manipulasi Pasaran oleh Kartel
Kita dikejutkan dengan pengumuman harga ayam dan telur akan diganti dari Kawalan ke Apungan mulai selepas bulan Jun.
Sudah pasti rakyat buat bising. Yelah, mahu apungkan harga ayam dan telur, tapi sehingga hari ini kita tidak tahu apa mekanisme yang akan digunakan untuk menentukan harga. Bagaimana kalau kartel-kartel ayam yang mahu maksimumkan keuntungan akan ambil kesempatan dengan memanipulasi pasaran?
Cara manipulasi pasaran paling mudah adalah dengan mereka menghadkan pengeluaran ayam. Bila tidak cukup maka confirm lah harga naik. Kalau naik Rakyat nak makan apa? Ikan sudahlah mahal. Begitu juga dengan daging.
Kita lihat pengumuman Menteri dibuat secara separuh masak, macam tak ada kajian menyeluruh. Seolah-olah Menteri percaya bulat-bulat cakap pelobi kartel ayam yang mahukan harga ayam diapungkan.
Paling kelakar yang buat pengumuman harga ayam dan telur akan diapungkan ialah Mat Sabu, Presiden Amanah yang pada bulan Julai tahun lepas buat perhimpunan membantah kenaikan harga barang. Mat Sabu sampai kena panggil polis ketika itu. Tetapi Mat Sabu ketika itu kata, kalau harga tidak turun akan ada protes lagi besar.
Jadi sekarang ni apa sudah jadi dengan Mat Sabu. Adakah Mat Sabu akan menjadi punca harga ayam dan telur melambung tinggi? Mat Sabu, kami rakyat yang membayar gaji kamu, mahu kamu gunakan akal kamu dan Kerajaan Anwar Zahid tolong jangan menyusahkan rakyat!!
(210 patah perkataan, kurang 2 minit)