Siti Zulaikha Olivia (SZO)

ZO adalah singkatan untuk Siti Zulaikha Olivia yang juga mesra dikenali sebagai Mak Iban Olivia. SZO bukan asing dalam dunia aktivisme rakyat. Beliau telah lama terlibat dalam pertubuhan bukan kerajaan dan dan aktiviti-aktiviti kebajikan. Olivia merupakan pengasas bersama dan Timbalan Presiden SEDAR Malaysia dan Timbalan Presiden AWAKE Malaysia. Ketika banjir besar yang melanda Malaysia pada hujung tahun 2021, SZO telah bertindak sebagai ‘On The Ground Manager’ untuk Negeri Selangor dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir di Hulu Langat dan Sepang.

Graduan Teknologi Maklumat ini berkhidmat selama sedekad di salah sebuah syarikat tembakau terkemuka dunia, sebelum bertukar arah menjadi Perancang Kewangan untuk sebuah syarikat insurans terkenal untuk dua tahun. Selepas itu beliau mengorak langkah dalam dunia perniagaan dalam dunia bakeri.

Wanita kelahiran Sarawak ini adalah ibu kepada dua orang anak dan adalah antara sebilangan kecil wanita Malaysia yang berani bersuara demi rakyat.
Scroll to Top