POLISI DATA PERIBADI

Polisi Data Peribadi

 

Portal ini dimiliki dan diuruskan oleh DEMI NEGARA. Pemilik laman web ini, tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga. DEMI NEGARA juga tidak menyimpan maklumat yang dikumpul mengenai lawatan anda untuk digunakan selain untuk menganalisa prestasi kandungan melalui penggunaan cookies yang anda boleh nyahaktifkan pada bila-bila masa dengan mengubah tetapan pelayar internet anda. Anda bersetuju untuk membenarkan DEMI NEGARA menggunakan dan menyimpan cookies ini sekiranya anda tidak menyahaktifkan fungsi tersebut dari pelayar internet anda.

 

Waranti dan penggunaan Maklumat

 

Anda bersetuju untuk membaca dan menggunakan semua maklumat yang diperolehi dari laman web ini atas tanggungjawab anda sendiri. Risiko jika berlaku sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang berlaku semasa anda mencuba atau menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini adalah atas tanggungan anda. Pihak DEMI NEGARA sentiasa cuba menyampaikan maklumat pada tahap yang sebaiknya, namun sebarang kesilapan penulisan atau kecuaian tidak dapat dielakkan dan bukan disengajakan.

 

Pemilik tidak bertanggungjawab jika ada pihak lain yang membuat penerbitan semula kandungan yang terdapat di sini ke laman sesawang lain, media sosial, media cetak atau media massa tanpa kebenaran.

 

Hak cipta Artikel, Maklumat, Bahan di DEMI NEGARA

 

Semua hasil penulisan di laman web DEMI NEGARA ini adalah hak milik penulis kecuali dinyatakan sebaliknya. Anda perlu mendapat kebenaran daripada pemilik laman web DEMI NEGARA sekiranya anda ingin menyalin sepenuhnya artikel tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari DEMI NEGARA dibenarkan dengan syarat ianya tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat.

 

Pihak DEMI NEGARA sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini. Pihak DEMI NEGARA juga berhak mengubahsuai kandungan bersesuaian dengan kualiti yang dipraktiskan oleh pihak kami. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi DEMI NEGARA dengan menggunakan halaman ini.

 

Polisi penafian dan kerahsiaan ini ditulis dan sah pada 1 Oktober 2023, ianya mungkin diubahsuai dari masa ke masa mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis. Pihak anda bertanggungjawab untuk merujuk semula halaman ini sekiranya terdapat ubahsuaian yang dibuat.

Scroll to Top