4 Persoalan Berkaitan Subsidi Petrol, Diesel dan LPG – 19 Oktober 2023
Persoalan Berkaitan Subsidi Petrol, Diesel dan LPG
Maka ramai Menteri Kerajaan Persekutuan mengambil nilai ini untuk kata subsidi bahan api dalam negara sangat membebankan.
Menteri Ekonomi pula menambah, kerajaan dijangka tanggung subsidi melebihi RM100 billion jika harga petrol, diesel dan elektrik terus dikekalkan.
Kerajaan dijangka tanggung subsidi minyak lebih RM100 bilion setahun – Rafizi – Sinar Harian
4 Soalan
1) Kenapa figur subsidi minyak berjumlah RM45 billion itu tidak dilaporkan didalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2022 (PKKP) ?
Dalam PKKP tahun 2022 dinyatakan terdapat pembayaran sebanyak RM46 billion dibuat di bawah item “Subsidi dan Bantuan Tunai”, namun tiada tertera di mana-mana berkenaan subsidi petrol. Manakala subsidi-subsidi lain seperti subsidi beras, subsidi gandum dan subsidi nelayan jelas tertera.
Jika dilihat anggaran asal bagi ‘Subsidi dan Bantuan Tunai’ yang diperuntukan pada tahun 2022 adalah berjumlah RM5.27 billion sahaja, tetapi amaun sebenar yang dibayar berjumlah RM46.5 billion. Sangat jauh tersasar daripada amaun asal yang diperuntukan.
2) Adakah Kerajaan menggunakan jumlah bantuan tunai dan bantuan wang Covid yang juga merupakan subsidi itu sebagai menggambarkan subsidi petrol dan diesel?
3) Adakah kerajaan menggunakan definisi subsidi oleh IMF dan Bank Dunia untuk menggambarkan jumlah subsidi petrol begitu tinggi? Iaitu dengan Kerajaan memasukkan kos lepas (opportunity cost) ke dalam jumlah perbelanjaan subsidi?
Contohnya kerajaan mungkin hanya membuat pembayaran sebenar yang sedikit sahaja (ataupun tiada langsung pembayaran dibuat) kepada syarikat minyak, tetapi perbelanjaan subsidi dikira dengan memasukkan anggaran perbezaan harga petrol dalam pasaran tempatan dengan harga petrol di pasaran antarabangsa. Kalau ikut IMF, walaupun tiada apa-apa pembayaran dibuat oleh kerajaan, perbezaan harga (kos lepas / opportunity cost) ini juga harus dimasukkan dalam ‘perbelanjaan subsidi’.
Takrifan ini boleh dilihat dalam Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan di link ini https://belanjawan.mof.gov.my/ms/
